nuffnang Ads

Sunday, March 19, 2017

Tempat menarik di Ipoh

Assalammualaikum.


Dah lama blog ni bersarang. Alhamdullilah baru - baru ni aku dapat jejak kaki ke Ipoh, Perak (dalam Malayisa jer). Pergi atas urusan kerja tapi disebabkan tempat tinggal tidak disediakan, maka aku pun bawa la husband dan hud sekali. AKid tinggal sebab dia sekolah.

Hari ni rasa nak cerita pasal pengalaman aku pergi melawat Funtasy House Trick Art.
Jarak masa hotel dengan Funtasy House Trick Art hanyalah 15 minit sahaja.. Parking memang susah nak dapat. Bertabahlah mencari parking. So husband aku decide nak parking kat kawasan parking then jalan ke sana. Dan kami SESAT. Sebabnya tak betul - betul faham jalan kat sana. Maka aku pun buka waze dan alhamdullilah sampai juga.

Charge masuk untuk warganegara Malaysia dewasa adalah RM15. Fee masuk untuk Hud adalah percuma.

Idea untuk buat trick art sebagai tarikan adalah sangat bijak. Cumanya kalau datang hari yang ramai orang, kena bertabah menunggu untuk ambil gambar. Tapi yang best staff Funtasy House ni sangat baik hati sebab tolong ambilkan gambar aku dan husband.

Memandangkan aku ada masalah dengan berat badan aku serta appearance aku, maka aku suruh husband dan hud untuk jadi model dan aku ambil gambar. Aku lebih suka ambil gambar, sebab kalau orang yang ambilkan gambar aku mesti ada je yang tak kena. Seperti yang telah aku maklum tadi, aku ada masalah dengan berat badan dan penampilan aku.Jadi buat macam mana pun tetap nampak tak elok.

Rasa tenang sikit bila boleh kerja luar..tapi bila masuk pejabat balik stress aku pun datang balik.
Sabar je la..

So sesiapa yang plan nak datang Ipoh, boleh pergi melawat Funtasy House Trick Art. Oh ya, waktu operasi dari 0900 sehingga 1800hrs..Nanti aku updae tempat makan pula dan tempat - tempat lain.

FUNTASY HOUSE TRICK ART
.
.
.
.






Nasib husband aku sporting nak amik gambar.






Tuesday, February 14, 2017

empty


Assalammualaikum...

It's been a while since my last post. I've been busy.
So i just wanted to share how i feel today. Apology if my English is terrible. Since I'm in the force I dont speak english with my colleagues plus all the paper work, reports were done in Bahasa.
Enough said.
.
.
.
'There is a time, I felt so lonely, I felt empty. It's okay, I have Allah and I know for sure I'm not going to die if I have no friend. Yet, I still need to take care my relationship with people. Be good to others. Treat them with respect. In Shaa Allah. I will surrounded with all good people who is truly befriend with you. One more thing, purity. The main point to make good relationship with human. Put away my worries, Allah is always with me. Allah know the best. Believe it. There is always a reason for what has happened." 



my baby boo..



Monday, April 11, 2016

wang dan duit

Assalammualaikum..

Saja aku nak share pasal pengurusan kewangan. Sejak akhir-akhir ini, aku tersedar yang aku tidak pandai mengurus semua duit aku..saving aku sentiasa aku korek bila aku tak cukup duit hujung bulan...alhamdullilah tahun 2016 buat aku rasa semangat untuk menguruskan duit aku...jadi untuk mengurus duit ni, aku dah banyak baca buku,blog dan follow beberapa individu bagi memantapkan lagi pengurusan kewangan aku...aku harap hujung tahun ni, aku boleh menyimpan sejumlah wang dan semoga impian aku yang satu tu tercapai..aku teringin sangat nak ke Kota Suci Mekah...Semoga ada rezeki untuk aku dan keluarga.

Ni ada sikit nota mengenai wang yang aku amik dari tuan Zaidi Ismail. Semoga ilmu ini bermanfaat. Sebenarnya dalam dia aku ada PM tuan Zaidi Ismail..Hasil daripada PM tersebut aku harap aku boleh menyimpan mengikut kiraan tuan Zaidi Ismail...Aku tau aku boleh..

Kalau kita baca memang macam kasar tapi,aku rasa betul la apa yang dia cakap..aku suka yang no 11,

"Buat keputusan kewangan tanpa memohon pandangan dan pertimbangan dari mereka yang lebih pakar dalam bidang mereka"


p/s:nanti bila hud dan akid dah besar aku harap diorang bijak mengurus wang..

Wednesday, April 6, 2016

Perkara Perlu Tahu Sebelum Membeli Motor

Assalammualaikum..

Sejak mula bekerja selepas beranak anak nombor 2 ni aku pergi kerja naik motor. Kenapa aku pilih untuk naik motor adalah sebab aku nak mengelakkan traffic jam yang teruk, stress dan menjimatkan duit..

Hari pertama aku ke tempat kerja mengambil masa selama 1 jam..memang penat...sampai kat traffic light depan menara celcom tu aku rasa nak pitam..serius tak tipu...sebab aku pakai motor skuter..dari selayang sampai KL aku press je minyak dan fokus sebab kereta terlalu banyak dan aku perlu bersaing dengan motor-motor...Allah jer yang tau perasaan aku masa tu..bak kata orang kedah;Ketaq lutut baq hang...sampai je kat traffic light tu aku jd nak pitam, dan dan aku goyang - goyang tangan kaki semua la...

Hari kedua, dari 1 jam aku pendekkan jadi 40 minit...dah berani sikit..kali ni tak rasa nak pitam...hahaha..

Hari ketiga, aku pendekkan lagi jadi 30 minit...tapi kali sebab terlalu laju helmet setenggg yang aku pakai terbang pi belakang...aku tak ikat bagi ketat helmet..nasibla aku tak terbang sekali...nasib jugala aku tak melatah buat brek mengejut...Alhamdullilah...

Dah lama aku tak bawa motor since aku study kat Penang dulu..Dulu perjalanan nak ke kelas tak lah mencabar macam perjalanan aku nak pi kerja kt KL ni,rumah dekat ja dengan poli..depan ja..jalan kaki pun boleh tapi tak tau la pasaipa aku pi kelas naik motor..jiwa muda..kuang kuang kuang...

Bila fikir balik, aku rasa macam menyesal beli motor ni, sebab tank dia kecik...2 hari sekali aku kena isi minyak...patutla uncle tu tanya 'u beli motor ni mau pi mana'..aku jawab 'pi kerja'..uncle tu tanya lagi 'kerja mana'..aku jawab 'KL'..uncle tu tanya lagi 'u tinggal mana'..aku jawab 'selayang'...then uncle tu kata , 'ooo,moto ni boleh'..masa tu aku tak faham pun..1st time beli motor sendiri..rupanya sebab motor aku tank kecik takleh nak jalan jauh,walaupun ada liquid coolant tapi tank minyak kecik..isi penuh dengan harga minyak semasa RM1.70(5/4/16/) adalah sebanyak RM3.31...masa isi tu meter kat dashboard point kat 'E'...

Jadi,aku rasa 3 benda ni kena tahu sebelum beli motor:

1)Tahu jenama apa yang korang nak beli.
Berdasarkan pemerhatian aku ketika berhenti di traffic light,dari 10 motor terdapat 5 motor jenama Yamaha, 4 Honda, 1 SYM...tapi kadang - kadang aku tengok banyak pula honda EX5..aku membuat konklusi, rata - rata rakyat Malaysia memilih jenama Yamaha dan Honda. Bagi kes aku, aku beli motor jenama Yamaha. Kalau yang motor besar tu aku tak tau...Aku naik motor kecik jer...

2)Motor tersebut dibeli untuk tujuan apa.
Aku beli motor tu memang untuk pergi kerja..Jadi rasanya tank minyak kecil tak jadi masalah...

3)Harga motor.
Aku beli motor tu cash..Sebab aku tak nak berhutang...aku berazam untuk tidak membuat hutang tidak sihat.Setakat tahun 2015 aku berjaya untuk tidak menambah hutang..Alhamdullilah...

Setakat ni, aku rasa ni je la kot...Lain - lain tu macam CC motor tu boleh diletak di bawah tujuan apa korang beli motor...

p/s:bunyi kilat kat luar tu..tanda hari hujan..balik lambat la aku harini...




Monday, April 4, 2016

still and be positive

Assalalmmualaikum..
Alhamdullilah aku berjaya mengupdate blog aku..Alhamdullilah juga aku dah beranak anak nombor dua dengan selamatnya pada 29 Disember 2015..

Nur Daniall Akid & Nur Hudd Fayyat

Masa cuti bersalin hari tu memang nak update blog tapi aku terlupa email yang aku guna untuk blog ni..
Tahun 2016 ni aku berazam untuk bekerja dengan lebih bersemangat dan ada beberapa target yang aku nak capai..

Maka dengan itu, bagi mencapai target aku, beberapa perkara perlu dilakukan..Antaranya ialah i'm trying to avoid 'still' people..people that is always in 'still' mode..Aku tak tau macam mana nak explain macam mana 'still' people tu..
Selain nak avoid 'still' people aku juga perlu set pemikiran aku supaya sentiasa positif dan berprasangka baik..Ini adalah amat penting sebab bagi aku dengan menjadi individu yang positif maka kita akan dikelilingi dengan positive vibe..Hati pun akan sentiasa rasa tenang..
Sepanjang aku cuti bersalin aku selalu muhasabah diri aku...semoga diampunkan segala dosa - dosa aku..

Dari segi kerjaya pula, aku target dalam tahun 2016 aku akan menjadi lebih teror dalam bidang aku berbanding tahun lepas..Tahun lepas aku asyik merungut saja, tapi tak cuba untuk memperbaiki..jadi tahun ini aku tak nak merungut pasal kerja aku...aku tak nak fokus kepada masalah, aku nak fokus kepada penyelesaian...Masa hari kedua aku masuk kerja, aku telah mengambil inisiatif untuk mengemas bilik assemble & dismantle..walaupun apa yang aku buat bukanlah apa yang aku belajar semasa di universiti, tapi in sha Allah aku akan berusaha untuk menjadi pakar dalam bidang aku tu..

Kewangan aku sejak akhir - akhir ni sangat teruk..mungkin ada hal - hal yang dah aku buat tak diberkati maka duit rasa tak cukup..tahun 2016 ni aku sangat mengharapkan aku dapat mengurus kewangan aku dengan lebih efisien..harap tak de bocor lagi...

Semoga kehidupan aku lebih baik daripada tahun lepas...Saja nak share gambar dua hero aku, akid dan hudd..
 Akid masa lahir berat dia 3.97kg, Hudd pula 3.85kg. Dua orang ni emergency czer..hehehe..

 Our first family photo of four of us... Masa kitorang pergi KLCC tengok Boboboi..Akid dan Hudd sangat behave dalam wayang...Nanti kalau ada masa aku cerita pasal experince aku bawa akid tengok wayang..

p/s:semoga impian kita tercapai...



Wednesday, September 23, 2015

FIT, SAWAN, TARIK

Assalammualaikum..


Dah lama tak mencuraakan rasa kat blog ni. Kekangan masa dan tahap kemalasan yang teramat sangat membuatkan aku lupa untuk update blog...tujuan asal blog ni sebenarnya nak merakam setiap memori aku dengan boy , akid dan sesiapa sahaja...tapi semakin hari semakin ketandusan idea untuk menaip cerita hidup aku kat sini...

aku teringin nak share pasala pengalaman pertama aku handle akid yang terkena sawan masa demam...Malam ahad Akid demam panas. Suhu awal dia 38.3 tapi dia masih aktif lagi...malam tu aku keletihan, jadi aku pilih untuk tidur dan boy tidurkan akid...

aku tersedar dari tidur lebih kurang pukul 3.30 pagi...masa tu boy baru naik katil nak tidur...aku bangun check suhu akid, 39.1...aku tengok boy letakkan towel lembab kat kepala akid...lepas tu aku layan telefon aku..tengok FB, instagram...pukul 4 macam tu aku bangun, teman dia tengok upin ipin...lepas tu dia kata nak tidur balik,sebelum tidur aku jelum kepala dia...

aku tak pasti pukul berapa tapi lepas azan subuh, masa tu aku kat dapur tetiba rajin nak basuh pinggan....lepas selesai aku kemas barang mainan akid..akid panggil aku 3 kali,aku sekadar menyahut panggilan dia tapi tak pergi jenguk dia..selesai kemas barang mainan dia, aku jenguk dia tak lama lepas tu dia kena sawan..bahasa moden fit tapi kalau orang kedah panggil 'tarik'..aku panik panggil boy tapi boy mengigau at last aku jerit baru dia tersedar...

dalam 10 minit akid kaku tak bergerak..aku suaha hati,paksa boy bawa akid pi hospital..tapi boy pilih untuk telefon ayah dia, dalam dok tunggu ayah dia, akid dah mula respond..tapi kepala dia masih senget..dalam hati aku, aku minta pada Allah supaya janganlah aku diuji dengan sesuatu yang aku tak mampu...lepastu kepala akid dah ok,akid pun dah menangis...abah boy pun sampai...

Adik ipar aku yang drive aku pergi klinik 24 jam..ikut hati aku, aku nak pi hospital..tapi disebabkan tu adalah adik ipar aku, takkanlah aku nak mengarah dia pergi hospital..lagipun abah boy dah tunggu kat klinik 24 jam....oh ya abah boy datang umah aku naik motor, adik ipar aku datang naik kereta..boy pula berkeras tak nak bawa akid pi klinik atau hospital....

sampai klinik, aku kena tunggu then aku cakap kat doktor tu, anak saya kena sawan tadi, terus dia suruh masuk bilik...uollss tau tak apa tindakan doktor tersebut???

dia hanya check suhu badan akid dan kemudian arahkan staff dia untuk ambil ubat bontot, aku terus cakap, baru tadi saya masukkan ubat bontot...so tak jadilah dia nak masukkan ubat bontot..kemudian dia check tekak akid, dia kata merah...then dia kata kena hati - hati then dia kata ok boleh ambil ubat..macam tu jer...ya macam tu jerrrrrr....

aku ni memang dah sakit hati sebab niat aku nak bawa akid pi hospital tak dituruti, sampai klinik doktor check akid macam aku check akid kat rumah....tapi apapun aku bersyukur akid kena serang sekali jer...pagi tu akid tidur sampai pukul sebelas....

dia bangun minta air....lepastu dia minta biskut oreo dan nak tengok upin ipin...pengalaman aku tu akan aku jadikan pengajaran sampai mati...best lesson ever...

Mertua kau datang lepas Maghrib diaorang bawa Getah Anggur, buat akid minum..aku pun tak tahu apa function, boy yang sediakan air getah anggur tu...Walau macam mana pun akid tetap merap dengan aku,nak dukung jer...Malam tu mak abah aku datang, mak aku mandikan akid dan bagi akid minum air zam - zam..mak aku memang macam tu asal akid demam dia mesti datang bawa air zam zam...Lepas mak aku balik, malam tu aku tidur awal pukul 11 sebab aku nak masuk shift pagi (jaga akid), tapi pukul 1 aku dah bangun...aku jelum kepala akid...aku takut nak tidur takut akid kena serang lagi...Alhamdullilah akid cuma merengek dan mengigau saja malam tu...esok pagi tu aku pergi kerja seperti biasa...balik kerja aku check suhu akid dah turun...

Alhamdullilah,hari ni hari rabu,pagi tu suhu badan akid dah turun...Esok dah nak Raya Qurban, semoga akid terus sihat....

p/s:nasihat aku dan nurse kalau anak kena sawan seharusnya ibu dan ayah bawa anak terus ke hospital...cuba rekodkan tarikh anak demam (ni kata kawan aku seorang nurse)...berhati - hati dengan suhu 39...

Wednesday, May 13, 2015

sakit tekak

Assalammualaikum.

Harini baru terasa nak update blog. Selama beberapa hari ni, aku tidak sihat. Sakit tekak yang teruk dengan batuk. Tak pernah dalam hidup aku skit tekak macam ni. Ada satu malam, aku terjaga sebab tekak aku perit sangat. Rasa panas macam terbakar. Malam tu aku tak boleh tidur. Menangis. Kejut husband, dia suruh aku minum air.

Aku start sakit tekak hari Sabtu haritu. Malam tu aku demam. Tapi tak batuk. Esoknya, aku dah tak demam cuma letih skit sebab tak cukup tidur. Tekak masih sakit. Malam tu aku menangis sebaba pertama kali dalam hidup aku rasa teruk sangat sakit tekak.

Esok tu aku pergi kerja macam biasa. Buat tugas sebagai pengacara majlis. Aku kemam strepsils 4 biji. dalam masa satu jam. Alhamdullilah aku berjaya mengacarakan majlis walaupun Datuk Wira cakap aku ni kelam kabut. Takpelah aku je yang tau situasi aku. Aku maafkan dia. Dia nak yang sempurna tapi diri dia tu tak sesempurna mana pun... heeeeee..

Hari Selasa aku pergi check kat doktor. Doktor cakap tekak aku merah. Dia bagi aku ubat kumur, ubat batuk, vitamin C dan panadol. Aku tak faham kenapa bagi ubat kumur kalau sakit tekak. Takde pun doktor bagi ubat kemam.

Hari ni,aku batuk teruk sangat. Tekak masih sakit. Aku tak mampu nak tanggung sakit macam ni. Aku tak boleh nak fokus kerja (walaupun tak fokus sangat)..hihihi..

Oh ya, aku sebenarnya pregnant. baru sebulan agaknya. tak pergi check lagi. nanti ada masa aku check and buat buku pink.

Apa yang aku rasa sekarang ni, sangat bersyukur. Cumanya aku tak mampu nak tanggung rasasakit tekak dan batuk ni. Sebab bila waktu petang aku mesti muntah teruk. lepas muntah sakit tekak, dada dan tengkuk aku..Akid makin manja. Cuba bayangkan dia suruh aku merangkak and dia duduk atas aku.. penat sangat. tak cukup merangkak dia suruh aku main bola. sepak bola. Aku suruh dia main dengan husband, dia tak nak.

Akid dah 1 tahun 6 bulan. dia tak cucuk lagi. tak de masa nak pergi. haritu amik cuti panjang tak sempat nak buat semua tu sebab masalah lain yang datang.dugaan.

Aduh,peritnya nak telan air liur. okla nak stop. penat dan pening.